
Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2014 mempunyai sedikit kelainan dari sesi peperiksaan yang lepas berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Berikut merupakan seksyen-seksyen yang terlibat dalam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
- Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
- Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah Matematik PTD
- Seksyen C – Ujian Psikometrik
- **Ujian Sahsiah dan Personaliti (Peperiksaan diadakan secara Online)
PERUBAHAN FORMAT PEPERIKSAAN BAGI PEPERIKSAAN PTD SECARA ONLINE
Terdapat perubahan besar dalam Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik kali ini disebabkan peperiksaan M41 kali ini diadakan secara online. Sepertimana format peperiksaan online SPA yang lepas (rujuk artikel Peperiksaan Online SPA), Seksyen Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris tidak akan diadakan dan digantikan dengan Seksyen baru iaitu Seksyen C Ujian Psikometrik (Ujian Sahsiah dan Personaliti).
Kepada calon yang memohon anda boleh melakukan semakan yang dikeluarkan oleh pihak Peperiksaan SPA Malaysia.
Berikut antara maklumat penting yang anda perlu ketahui bagi menjawab Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling PTD.
SEKSYEN A: CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Secara umum bahagian ini akan menguji calon dengan subjek dan skop soalan yang luas. Kunci utama untuk menjawab ialah pengetahuan umum calon kepada isu semasa dan perkembangan yang berlaku dalam dan luar negara. Ini sesuai dengan tugas PTD dalam pentadbiran moden kini.
Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa, hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain perkembangan yang berkaitan.
Tujuan utama seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekeliling pada amnya dan Malaysia khasnya.
Berikut antara contoh soalan Seksyen A: Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
CONTOH SOALAN PENGETAHUAN AM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
PANDUAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK
Melihat kembali contoh-contoh soalan di atas, ianya merupakan soalan umum yang berkaitan dengan pengetahuan AM calon, perkembangan yang berlaku dalam negara dan soalan tersebut mempunyai perkaitan secara tidak langsung dengan tugas seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.
Kepada calon yang mempunyai pengetahuan luas dan sudah terbiasa dengan topik soalan sebegitu sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mereka memberikan jawapan. Namun bagaimana dengan calon yang tidak biasa menghadapi peperiksaan yang dianjurkan SPA Malaysia sebelum ini. Sudah tentu agak sukar.
Kepada calon yang terlibat dalam peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik nanti, pihak kami akan menghebahkan jualan Panduan Khas Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Untuk mendapatkan panduan tersebut anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini melalui fungsi langganan pembelian di bawah atau terus sahaja ke web jualan untuk mendapatkan panduan tersebut.
Ingat, panduan ini merupakan panduan utama yang dihasilkan untuk membantu para calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Ia lengkap dengan contoh-contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41, nota ringkas dan skema jawapan yang akan membantu calon sebagai persediaan awal.
Untuk mendapatkan panduan khas tersebut, pembelian boleh dilakukan menggunakan link di bawah. Sila ikut arahan di skrin anda.
BELI PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 2014
Sebagai alternatif, calon juga boleh melanggan sebagai pembaca laman Exam PTD untuk mendapatkan panduan tersebut. Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon nanti.
Langganan boleh dilakukan melalui fungsi langganan di bawah.
LANGGAN PANDUAN KHAS PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41 2014
Kepada calon yang telah melanggan sebelum ini, sila tunggu email hebahan jualan dari Pihak Exam PTD Malaysia. Hebahan jualan akan terus di buat ke email anda.
Nota: Jualan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sila langgan dan daftar sebagai pembaca untuk mendapat hebahan awal jualan terus ke email anda.
The post Contoh Soalan Pengetahuan AM Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik appeared first on Exam PTD.